

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Webmaster laman web SMVDSMZ kerana memberi penghormatan kepada saya untuk merakamkan sepatah dua kata dalam laman web ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan atas kejayaan Webmaster menghasilkan laman web ini. Diharapkan semoga laman web ini dapat menjadi nadi kepada penyalur maklumat dan juga dokumentasi SMVDSMZ untuk dijadikan panduan pihak-pihak yang memerlukannya sebagai rujukan.
Tugas pengkorporatan sekolah, terutama pembentukan imej guru dan pelajar menjadi agenda utama sekolah. Pembentukan imej yang baik mampu menjulang kecemerlangan sekolah dalam usaha merealisasikan visi sekolah iaitu "MENJADI INSTITUSI PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN KEMAHIRAN YANG UNGGUL SERTA BERDAYA SAING".
Kejayaan sekolah amat bergantung kepada kerjasama padu daripada warga sekolah yang terdiri daripada pentadbir, guru, staf sokongan dan juga pelajar oleh itu kerjasama jitu yang terjalin selama ini haruslah dikekalkan dan dipertingkatkan sepanjang masa agar kita dapat merealisasikan impian untuk menjana sebuah masyarakat sekolah yang cemerlang dan terbilang. Saya mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang kita bersama-sama membangunkan kecemerlangan SMVDSMZ.
Akhir kata, sekali tahniah kepada Webmaster atas usaha yang dilakukan bagi merealisasikan laman web sekolah ini.
Terima Kasih.
"BERBEZA TETAP BERSATU"

Sekolah Menengah Vokasional Datuk Seri Mohd Zin tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman portal ini.
|
Di Selenggara Oleh Unit ICT SMVDSMZ. Portal ini bersesuaian dengan resolusi 1024 x 768 dengan |